Moringa - Keladi Tikus Asli Malaysia (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

|
Pengeluar Utama, Kapsul Keladi Tikus
Malaysia. Whatsapp HQ: 010-902 7915
Pengeluar Utama, Kapsul Keladi Tikus
Malaysia. Whatsapp HQ: 010-902 7915
Go to content
Herba Moringa mempunyai palbagai manfaat kesihatan, daripada mempercepatkan proses penyembuhan luka sehinggalah kepada menurunkan kadar kencing manis. Moringa oleifera merupakan sejenis tumbuhan dengan sifat antioksidan dan anti radang yang tinggi. Turut dikenali dengan pokok drumstick, ramai yang telah menggunakannya selama berabad lamanya disebabkan oleh manfaat kesihatan yang ada padanya. Herba Moringa mengandungi kompaun vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1 (thiamin), Vitamin B2 (riboflavin), Vitamin B3 (niasin) Vitamin C (asid askorbik), kalsium, pottasium, zat besi (iron) magnesium dan juga phosphorus.

Kebaikan Moringa
Secara tradisional, ramai yang menggunakan herba ini untuk tujuan perubatan, antara kebaikan herba Moringa adalah:

  • Melindungi serta menyuburkan kulit dan rambut
Kajian makmal telah mengenalpasti kebaikan moringa bagi membantu menyembuhkan luka pada kulit dengan lebih cepat dengan cara mengurangkan tekanan oksidatif manakala minyak daripada bijinya pula memiliki manfaat untuk kesihatan rambut

  • Merawat Ederma
Ederma adalah pengumpulan cecair di dalam tisu badan disebabkan oleh keradangan. Ederma yang terjadi di kawasan telinga boleh menyebabkan terjadinya pembengkakan tisu di sekeliling telinga. Pada kajian yang dibuat pada tahun 2022, penggunaan minyak biji moringa mampu mengurangkan keradangan kulit pada ederma telinga, ini menunjukkan sifat anti-radang boleh membantu merawat ederma telinga.


Zia Thea Xiong, diantara pekebun yang menanam herba moringa secara komersial di sekitar Fresno, California.

  • Melindungi hati
Penggunaan herba moringa asli dapat melindungi hati daripada penyakit hati berlemak (yang bukan disebabkan oleh pengambilan arak). Dalam satu kajian makmal mendapati, sebatian yang terdapat di dalam herba moringa dapat merawat penyakit ini. Salah satu daripada sebatian ini mampu mengurangkan pengumpulan lemak di dalam sel hati dan dapat meningkatkan aktiviti protein yang memecahkan lemak.

  • Mencegah dan merawat kanser
Moringa mengandungi ciri-ciri yang boleh membantu mencegah kanser. Sebagai contoh, ia mengandungi niazimicin, sebatian yang menyekat perkembangan sel-sel kanser. Selain itu, ekstrak daripada daun, kulit kayu serta beberapa bahagian daripada tumbuhan ini memiliki sifat yang boleh membunuh sel kanser, antaranya adalah kanser payudara, kanser kolon, kanser hati serta kolorektal.

  • Meredakan sakit perut
Ekstrak daun moringa boleh membantu merawat beberapa gangguan di dalam perut. Memiliki kesan pencahar (laksatif) semulajadi, ia merupakan antara pilihan bagi meredakan sembelit. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan rembesan asid perut sekaligus boleh mencegah ulser peptik (luka terbuka yang terjadi di dalam perut, bahagian atas usus kecil atau pada bahagian esofagus). Daun moringa juga mampu mencegah kolitis ulseratif kerana kesan anti radangnya boleh melindungi sistem pencernaan daripada kerosakan.

  • Melawan bakteria bawaan makanan
Menurut penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2022, herba moringa mengandungi bahan yang bertindak terhadap beberapa patogen bawaan makanan seperti virus Staphylococcus aureus (S. aureus - sejenis virus yang datang daripada daging atau makanan yang tidak dimasak sepenuhnya) serta virus Escherichia coli (E. coli - datang daripada makanan atau air yang tercemar). Kedua-dua jenis bakteria ini boleh menyebabkan cirit-birit serta gejala keracunan makanan yang serius.

  • Merawat mood serta gangguan saraf
Selain mampu mencegah rheumatoid arthritis, herba ini juga mampu merawat mood dan gangguan saraf seperti multiple sclerosis, alzheimer, sakit neuropatik dan juga kemurungan.

  • Melindungi sistem kardiovaskular
Moringa mengandungi pelbagai jenis antioksidan dan anti radang, antaranya adalah quersetin, yang boleh membantu melindungi kesihatan kardiovaskular. Quersetin dapat menghalang pembentukan lipid dan keradangan yang menyumbang kepada penyakit jantung.

  • Merawat kencing manis
Ekstrak daun moringa dapat membantu pesakit kencing manis, penggunaan herba moringa dapat membantu menguruskan paras gula di dalam darah, menstabilkan tahap insulin, melambatkan perkembangan penyakit sekaligus melindungi daripada kerosakan organ.

  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
Satu kajian telah dibuat pada tahun 2021 sekumpulan peserta diberi 120 gram daun moringa yang dimasak selama seminggu, hasilnya mendapati mereka yang menggunakan daun moringa yang dimasak ini mempunyai tekanan darah yang lebih rendah dan stabil berbanding dengan mereka yang tidak.

  • Meningkatkan kesihatan mata
Kandungan beta karotena yang ada di dalam daun moringa merupakan satu daripada sebatian aktif yang dapat mengekalkan keremajaan mata sekaligus memcegah daripada terjadinya penyakit mata.

  • Mengurangkan berat badan
Ekstrak daripada biji moringa dapat membantu menurunkan berat badan dan membantu menguruskan pelbagai faktor yang berkaitan dengan obesiti. Antara faedah pengambilan herba moringa ini adalah:

  1. Menyokong penurunan berat badan
  2. Mencegah keradangan
  3. Menurunkan paras kolestrol
  4. Melindungi hati
  5. Meningkatkan sensitiviti insulin
  6. Mengurangkan tekanan
  7. Mengawal penyerapan lemak

Secara umumnya, keseluruhan bahagian pokok moringa mempunyai manfaat untuk kesihatan manusia, bermula daripada penyembuhan luka sehinggalah mengurangkan tekanan darah tinggi. Penggunaan herba moringa asli dapat membantu sesetengah pesakit yang ingin mendapatkan rawatan alternatif yang berkesan tanpa kesan sampingan.

Dapatkan herba moringa dan keladi tikus asli daripada kami melalui baner di bawah.


MS 2424:2019
5 085-10/2012
Hakcipta terpelihara - Berkat Herba Nusantara. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui Whatsapp 010-902 7915
MS 2424:2019
5 085-10/2012
Hakcipta terpelihara Berkat Herba Nusantara - Setiap pembelian melalui sistem ecommerce kami sebelum pukul 12 tengahari akan dihantar pada hari yang sama, manakala pembelian selepas pukul 12 tengahari akan dihantar pada hari seterusnya. Penghantaran akan dibuat terus dari HQ. Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ 010-902 7915
Back to content